Awan
Lenticular Clouds
Lenticular Clouds adalah sejenis awan yang unik yang
biasanya terbentuk di sekitar bukit-bukit dan gunung-ganang akibat daripada
hasil pergerakkan udara di kawasan pergunungan . Awan ini terlihat cukup
berbeda, seperti sebuah piring terbang raksasa atau sesuatu yang seperti
tumpukan mirip pancake. Banyak gunung terkenal di seluruh dunia sering kali
difotokan dengan keindahan awan lenticular di langitnya, termasuk Gunung Shasta
dan Gunung Fuji.
Satu perkara yang menarik tentang awan lenticular ini
adalah bahawa ia kelihatan seperti tidak berpecah dan kelihatan seperti
membeku. Namun hakikatnya adalah tidak sedemikian. Awan ini kelihatan statik
kerana aliran udara lembap terus menerus memberikan wap udara yang termeluap
dari sisi atas angin bahkan sebagai air yang mengeluap dan akan lenyap dari
sisi bawah angin. Awan Lenticular dapat dilihat seperti sedang melayang-layang
selama berjam-jam atau hari, sehingga perubahan angin atau cuaca dan awan
menyebar lalu berpecah. Mengamati dan mengenal pasti awan lenticular umumnya
cukup mudah, kerana bentuk awannya sangat jelas. Jika anda pernah melihat awan
yang kelihatan seperti piring terbang, kanta, atau baret raksasa, bermakna
ketika itu anda sedang melihat awan lenticular. Jika anda melihat disekeliling
persekitaran awan, anda mungkin dapat melihat ciri-ciri geografi yang berbukit
bukau yang mampu mencipta keadaan yang mengarahkan pada pembentukan awan
lenticular. Jika anda tidak melihat gunung atau bukit, ada kemungkinan arus
hawa udara bergerak pada arah yang berlawanan untuk mencipta awan gelombang.
Ramai orang yang telah menikmati dan memotretkan awan lenticular kerana awan
itu tidak dilihat di tempat kediaman mereka dan ia merupakan suatu pengalaman
sangat menakjubkan. Jika anda kebetulan tinggal berdekatan gunung yang sering
dibungkus dengan awan lenticular, anda mungkin dapat memotretkan awan tersebut
setiap hari, melihat cara pergerakkan awan dan perubahan awan yang terjadi atas
faktor cuaca. Setelah beberapa tahun, anda mungkin mendapati diri anda mampu membuat
ramalan cuaca berdasarkan kedudukan, kewujudan, dan bentuk awan. Malah awan
lenticular bukan lagi sesuatu yang unik bagi diri anda sendiri selepas itu.
Yang Membuat Terbentuknya Awan Lenticular Awan ini terbentuk ketika arus udara
lembab dipaksa naik ke atas ketika ia dihantar melalui pergerakkan angin ke
sesebuah gunung, menyebabkan air memeluwap dan membentuk awan. Kadang-kadang
hawa udara dipaksa menjadi pola gelombang, menghasilkan apa yang dikenali
sebagai awan gelombang. Awan gelombang dapat dilihat seperti cakera yang
menyebar keluar daripada sisi bawah angin gunung. Awan ini juga dapat membentuk
gelombang miniatur yang kadang-kadang tampak persis seperti laut berombak
Dibuat
oleh : Devia Lesmana
Sumber
: http://teuingteunyaho.blogspot.co.id/2014/10/awan-lenticular.html
0 komentar:
Posting Komentar